Ya Ampun....lamanya tak menghapdate...dah berkarat dah blog nih...muahahhaha..mud menghapdate ke laut la.....makin mls je nak menghapdate..banyak mende nak citer..tp kes penyakit *M* telah menular selepas raya....maka,macam ni le keadaan blog ku ini..hap2...xper la..sebagai permula utk merajinkan kembali tuan tanah menghapdate blog ini..mari kite pakat makan Puding Pautan Kasih nih....yang diambil dari blog kak nor...
PUDING KASIH BERTAUT
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHENsumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)
Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise (Wani xletak yang ni..buat gula biase je..cuma lebihkan gula je)
2 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.
NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
salam kenal kak,kita pon baru lepas buat puding nie tuk jamuan opis,tapi x rajin wat yg color2 tue gantikan dengan jelly nata.next time nak buat la yg aduanan color2 tue,tp mmg best kan :)
ReplyDeletesalam knal jugak...hehehhehe....tu terlebih rajin rr skit..pasal tu buat tu..lau idak..luperkan jua..tp puding mmg sedapkan...
ReplyDeleteperrghhh, tabik spring la.. lawa sangat3 puding ni..
ReplyDeletemcm arca seni...
pehh pehhhh rajin!
zulfikar : a'ah..cantik..tp mncabar minda betul..nak2 mase nak kuarkan lap2 tuh dari acua..ish3....berkat kesabaran..huhuhu
ReplyDelete