Kan? mewahkan segala isi perut mangkuk tu kan?Hehehehe
Ni tuan tanah punyer..wat buke pose semalam....heheeheh
Nasi Goreng Kampung
Bahan - bahan :
3 ulas bawang merah (besar)
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi (kalau tak pedas leh tambah lagi)
Segengam ikan bilis
sedikit belacan (bergantung atas yang anda suker,nak bnyk boh bnyk,nk sikit boh skit)
( Semua bahan di atas di tumbuk,tp tuan tanah rajin sgt,masuk lam blender kering,kisar je semua dalam blender kering,senang..hehhehe)
3 mangkuk nasi
Seikat kangkung
Isi ayam
Ikan bilis (direndam utk lembutkannya)
Garam ( berhati2 kerana belacan dh masin,ikan bilis pon dah masin)
Gula n perasa
Cara buat:
Panaskan minyak,tumis bahan2 yang di tumbuk/di mesin tadi hingga garing sedikit
Kemudian masukkan ayam dan ikan bilis,biarkan hingga masak.Biarkan sekejap
Kemudian masukkan garam sula n perasa sesedap rasa. Pastu baru masukkan nasi dan kangkung.
Kacau semua hingga rata2 n hingga sebati..Siap untuk dihidang bersama keropok goreng...
SELAMAT MENCUBA
gulppp..telan air liur.idea utk k.zla nak masak bekfast esok..tqqqq:)
ReplyDelete