Wednesday, May 4, 2011

Mapin Coklat Chip+Keju

Ok...ari ni nak masukkan n3 mapin nih...ni nama reka je ni..nama asal resepi ni xtau...amik kat LINK nih..dia amik dari allrecepie punyer..tp dioterkannya skit..huhuhuh..kek ni mmg sedap..pasal cheese kat tgh2 tuh...tp..silap masuk skit...xkembang maner r...tensen tol...1 resepi ni dpat banyak tau..saper nak buat skit2..just kurangkan je la separuh adunan. :) .ok2..jgn melalut..jom intai resepi



Muffin coklat chip

Bahan A
3 cawan tepung
2 cawan gula
½ cawan serbuk koko
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking soda
2/3 cawan vegetable oil (kite guna 1/3 mentega cair+1/3 minyak masak biase psal minyak sayur tarak ade)
2 cawan air
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil esen vanilla

1. Masukkan tepung, gula, koko, garam dan baking dlm 1 mangkuk
2. Kacau hingga sebati bahan2 kering tadi dan kemudiannya masukkan minyak,air,cuka dan vanila esen
3. Pukul bahan2 tersebut dengan whisk sahaja hingga sebati

Bahan B
225gm cream cheese
1 biji telur
½ cawan gula
¼ sudu kecil garam
200 gram coklat chip atau coklat bar dicincang (kite guna coklat bar cincang+ badam cincang)

1. Pukul chesse, telur, gula dan garam hingga kembang dan gebu
2. Kemudian masukkan coklat chip/coklat bar yang dicincang dan gaul sebati


Cara Buat
1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius
2. Tuang adunan muffin (bahan A) dalam acuan sehingga 1/3 penuh
3. Kemudian masukkan bahan B sebanyak 1 sudu kecil penuh (nak bes masok je 1 sudu besar)
4. Kemudian masukkan kembali adunan muffin (Bahan A) hingga jadi 2/3 penuh
5. Akhir sekali,bakar dalam 20 – 25 minit atau sehingga masak. Cucuk dgn lidi. Kalau lidi tu keluar licin,masak la tuh.


Kalu nak kembang macam mapin besau2 gitu,boleh lebihkan adunan dalam cup tuh..tp jgn smpai limpah..takot melimpah kuar kan adunan

2 comments:

  1. huhuh..ghajing bebenor cik adik sorang ni mencuba pelbagai resepi:)

    ReplyDelete
  2. heheheh..pasal nampok best kak zila...tu pasal cuber..tp..mkn kene control.hak3...

    ReplyDelete