**Ni update entry..resepi Red Velvet ni tuan tanah amik kat CINI (Bonda Hanis Zalikha,Auntie Nanie)
TOPPING
LANGKAH PERTAMA
-250gm cream cheese
-250gm mascarpone (xguna pon…)
- 1 cawan gula icing (brand king) yang telah diayak (wani pakai yang biase je)
- 1 sudu teh esen vanila
-300 ml non dairy whipping cream sedikit demi sedikit sama sebati (hampir kehabisan stok,jadi wani guna sikit jer..dalam 100ml shaja)
Cara membuat :
1. Pukul cream cheese n mascarpone (yg ni wani pukul cheese je) hingga kembang
2. Kemudian,masukkan gula icing dan esen vanilla dan pukul lagi hingga kembang n sebati
3. Akhir,masukkan whipping dan pukul lagi hingga sebati.Kemudian,boleh masukkan ke dalam peti.
LANGKAH KEDUA
240ml susu cair dicampur dengan 2 sudu teh cuka
(perap selama 10 minit dan campurkan 2 teh pewarna merah)
ketepikan dulu.....
Ayak bahan-bahan ini :-
250 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan cocoa powder
(Semua diayak bersama dan ketepikan *wani ayak 3x*)
LANGKAH KETIGA
Bancuhkan 2 sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat.
(Ketepikan dulu)
LANGKAH TERAKHIR
150gm butter
100gm gula castor
200gm gula perang (wani tak pakai brown sugar pasal xder stok,wani cuma masukkan 250gm gula castor)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
1. Pukul butter,gula castor dan gula perang sehingga kembang
2. Kemudian,masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang
3. Masukkan vanilla esen
4. Kemudian,masukkan pula tepung yang dah ayak tadi berselang seli dengan bancuhan susu cair dan pewarna.
5. Last sekali masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.
6. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan selama 10 minit. Dengan suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit. (Yang ni wani guna paper cup,masukkan adunan tersebut dalam paper cup tu dan bakar.Bergantung atas oven masing2 yer..kalu nak tahu dah masak ke belum,cucuk ngan lidi,kalu bersih,maka dah masak la tuh)
tq wanie.. lebih kurang dgn resipi kek velvet yg k.nor duk google td..
ReplyDeletehhuhuh..samer2....nnti kiter nk tgk versi kak nor plak..pasni wani nok wat kaler biru plok..hahahaah
ReplyDelete