Tadi lunch tuan tanah masak gulai telur itik.....lama tak buat...tingin nak makan....kebetulan plak..mmber tuan tanah ada bagi 10 biji telur itik hasil peliharaan itik2nya itu..hahahhaha..mekasih CIK YATIE..kerana sudi membawa telur tersebut...tp,maaf la..xsmpat bui skit kat cik yatie...pasal laku sgt...tggl kuah jer..ahakz...tp...tdi tghari..tuan tanah terlupa nak amik pic...kes bz nak berkejar ke Dungun coz ada kelas solekan pengantin..tp,frustnya...dah siap2,kuar umah....kak na yang join skali nak g klas makeup kol..kata kelas dibatalkan...postpone xtau la bile..huk3....penat je dok kelam kabut masak awal tadi...tp,alang2 dah kuar umah..dah lam perjalanan..teruskan jugak hingga sampai ke Mesra Mall..hahaha..motip??pi cari donut BIG APPLE n sabun di spa TANAMERA..dah lama dah abis sabun ni..tp,xberkesempatan nak beli..alang2 pergi dgn kebetulan ade sale..trus rr rembat..dpt jugok muroh..hahhahahaahhapas baliktadi..ade la jugak lebih bahgian tuan tanah gulai telur itik tadi..dapat jugak makan..lau idak..kempunan oooooo..jom makann
ni hidangan tuan tanah malam ni..tu sebeloh kiri telur itik tuh...makan ngan ikan masin n sambal belacan..syiokkkkkkkk
RESEPI GULAI TELUR ITIK
bahan2
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air (kalu nak pekat,kurangkan air ye)
4 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
4 tangkai lada kering
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan kasar
1 keping asam gelugur
4 biji telur itik
cara membuat:-
1. Tumbuk/giling/blander kesemua bahan kecuali santan dan air
2. Masukkan santan dan air dalam periuk bersama bahan2 yang dikisar/ditumbuk/ digiling tadi
3. Sentiasa kacau santan n bahan2 tadi bagi mengelakkan ianya menjadi pecah
4. Masukkan garam,gula,perasa dan asam keping
5. Setelah mendidih, pecahkan telur ke dalam bekas dan tuang perlahan2 ke dalam periuk santan tadi untuk menghasilakan telur yang cantik. Ini kerana,jika telur dipercahkan terus ke dalam periuk tadi ,bimbang telur tu akan berserabai.
6. Biar seketika sehingga telur masak.
7. Tutup api n boleh dihidangkan
*kalu ade yang nak pedas,tukar ladakering tadi dgn cili padi sesedap rasa pedas anda...
No comments:
Post a Comment