Sunday, January 2, 2011

Kudapan petang

hari ni saya telah terlebih rajin..hahahahah..skali ku buat 2 kudapan waktu ptg...bkn per..nak bls bekas jiran tetangga yang ade 2,3 bekas yang tak terbalas lg.nak bagi bekas kosong je,xtergamok la plok...tu yang bikin 2 kudapan pon...kat umah ni org tak ramai,so,bagi2 la kat jejiran tetangga skit sorang..wat rase..huhuhuh..hari ni buat tepung pelita ngn cupcakes pelangi...


Tepung pelita...giler susah nak buat bekas tuh...huhuhuh


Tepung pelita ni amik dari umah cik yani my resepi.Izin C & P yer...

RESEPI TEPUNG PELITA

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara

1.Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2.Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3.Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4.Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5.Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6.Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7.Sejukkan

ok,yang ni plak rainbow cupcakes..amik kat SINI

cupcakes pelangi..
cantikkan???huhuhuh




RESEPI RAINBOW CC (versi di melayukan)

Bahan2:
3/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula halus (sy kurangkan sedikit gula..xmo manis)
3/4 cawan Unsalted Butter (lembutkan)
2 Biji Telur
1 1/2 tsp Vanilla
3 tbs Susu
Pewarna Merah, Biru, Hijau, dan Kuning

Cara-cara:

Panaskan oven pada suhu 395 darjah.

Dalam mangkuk adunan, guna whisk untuk pukul gula dan mentega hingga lembut dan ringan. Adun sehingga berwarna putih.
(saya xpkai wisk ms ni,tp guna mixer..huhuhuh,kat bawah bru sy pakai whisk)

Putar perlahan telur dan gandum, pastikan keseluruhan adunan dipukul. Letakkan vanila.

Putarkan dan letak susu 1 tablespoon dalam satu masa, adun keseluruhan setiap kali meletakkan susu.

Bahagikan adunan kepada mangkuk kecil. Dan masukkan pewarna

Letakkan cawan muffin dalam loyang muffin . Bermula dengan warna ungu, Ambil adunan dengan sudu dan masukkan ke dalam cawan muffin, penuhkan adunan samarata.
Sambung dan lapisi dengan warna biru, hijau, kuning, oren dan merah.
Bakar selama 20 minit pada suhu 395 darjah.

No comments:

Post a Comment