Saturday, July 16, 2011

Ladyfinger menjadi tiramisu

Assalamualaikum.....huhuhuhuh...pe kabar semua ari nih???sehat idak???xsehat,g klinik cepat2...kan makin melarat kan susah.....ok??sayang korang semua..hehehehehe
Ok..hari ni nak siarkan aper yang telah terjadi ngan mende kat bawah ni..ni jangan dok pikir pelik hokkay..mentang2la xbaper cun...ni lady finger atau kek tiramisu or biskut kot..bolehla...kat trg xtau nak beli kat mane...so..senang citer..buat r sendiri...buat byk2,pastu simpan lam peti kat beku tu.kalu nak guna,amik je..


Biskut tiramisu

Rujukan : Myresepi

Bahan-bahan ( 50 biji )

· 1C @ 135g tepung gandum (boleh juga guna tepung naik sendiri)

· 6 biji telur kuning

· 1st esen vanila

· 6 biji putih telur

· 1/2C tolak 1sb @ 115g gula kastor

· secubit cream of tartar (tambahan saya)

· Gula aising + penapis untuk dusting atas fingers

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 200C. Sediakan 2-3 helai baking sheet. Ketepikan.

2. Sediakan satu piping bag besar, bersama satu nozzle bulat bersaiz lebih kurang 1/2" (1cm). Ketepikan.

3. Ayak tepung sebanyak 2 kali dan ketepikan.

4. Dalam satu bekas, putar putih telur sampai berbuih. Masukkan secubit cream of tartar (supaya meringue tak mudah jatuh) dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar hingga sangat kental (VERY stiff peak) dan ketepikan.

5. Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama esen vanila hingga pucat, lebih kurang 8 minit.

6. Tuangkan adunan kuning telur dalam meringue. Gunakan spatula untuk kaup balik secara perlahan-lahan hingga hampir gaul rata (akan kelihatan sedikit kuning telur).

7. Ayak tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi (saya letak 2sb dalam penapis, ayak ke dalam adunan, kaup balikkan dan buat sampai habis). Pastikan jangan terlebih gaul.

8. Letakkan adunan dalam piping bag dan picitkan atas baking sheet, lebih kurang 3.5" panjang, lebar 1", dan jarakkan antara satu sama lain sejauh 1".

9. Ayakkan gula aising di atas ladyfingers, biarkan seminit dan taburkan lagi gula aising bagi mendapatkan permukaan yang lebih rangup.

10. Bakar selama 10-15 min atau sehingga perang keemasan (luar akan sedikit ranggup tetapi bila tekan di dalam akan lembut/spongey.

11. Gunakan pisau untuk alihkan atas redai (jangan dibiarkan sejuk terlalu lama atas baking sheet, nanti melekat) dan tabur lagi gula aising. Boleh disejukkan dan disimpan dalam beg plastik untuk disimpan dalam freezer. Atau pun terus digunakan.



jeng..jeng.....hasil mende tuh..jadila seperti gambar di bawah ni..muahahahahaha..sedap..tp tuan tanah rase best pkai yg filling strawberri kot..psl mnis giler pkai blueberri..ok..jom semak resepi klu nk tau wat cmner k.. :)


STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
rujukan: Rabiatun dan K.Nor@SecubitGaram

Bahan untuk syrup:
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising
sedikit parutan kulit lemon

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream (guna 250g psl xder whipped cream)
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar (xletak psl xder)

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun.

1 comment:

  1. adesss....sedapnya.lawa plak tu decorationnyer...

    ReplyDelete