Tuesday, March 22, 2011

MakaroniGorengSimple



Salam semua.....ok..mlm ni nak kongsi resepi makaroni yg tuan tanah buat kes xmo makan nasik takot gemok YE LA TUH XMO GEMOK...YG KO MAKAN TIAP2 MALAM..BLH KE TAK NAK GEMOK?? ok..abaikan monolog tersebut...ok...resepi ni cikgu BI saya bagi dulu..tp,dia dulu wat pakai dendawan shaja..kni saya olah skit campur lebih skit sayur...blh la kasi khasiat skit kan..huhuhu...jom semak resepi...


Bahan2:
2 cawan makaroni (atau sebarang pasta yang anda suka)
3 cawan air
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 ulas bawang merah (dicincang)
1 1/2 kiub ayam (xpayah gunakan garam pasal kiub ayam dah masin ye)
1 sdu besar sos tiram (xnak letak xper)
1 sudu kecil serbuk lada hitam dan lada sulah
1 keping dada ayam (cincang)
1 sudu kecil oregano
sayur2 apa saja yang anda suka..tpi kat sini tuan tanah masukkan:-
cendawan butang,batang saleri,sawi pak choy n carrot

Cara buat:
1.Panaskan minyak dan tumis sekejap bawang putih dan merah.
2. Setelah naik bau,masukkan ayam,cendawan,carrot dan batang saleri.Biarkan sekejap
3. Masukkan air dan biar hingga mendidih
4. Setelah air mendidih,masukkan makaroni,kiub ayam,sos tiram,oregano,lada putih dan lada hitam. Gaul rata dan biarkan sehingga air kering.
5. siap,taburkan daun sup atau daun bawang dan boleh dihidangkan....Boleh dimakan ngan sos cili or apa jua yang anda mahu..selamat mencuba(sila baca dgn nada seperti chef wan)....

No comments:

Post a Comment