Lunch hari ni...masak lemak labu kuning..perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..Punyer panjang tuh..sedap la maknanye...Memang sedap sesangat....bagi tekak tuan tanah la..ni kalu ade pucuk die ni lagi best nih..masukkan skali..tp,nan ado..labu je.Labu ni dah lama bertapa kat dapur ni..nAsib tak rosak..Lau idak..melepas nak makan masak lemak ni..Ye la..taim nak masak,ade je rezeki lain datang.. Hheheheheheh..Slalu tak menjadi...Hari ni,xkire..aper yang nak jadi,jadila..tuan tanah nak masak jugak...
Alhamdullilah..menjadi n menepati selera yang di kehendaki..mmg rasa macam yang tuan tanah makan kat kenduri orang kawen.Oh ya...Kes makan kat kenduri orang kawen la ni wat tuan tanah termimpi2 nak makan nih..Punyer la tak tau nak buat.Dulu pernah buat skali,tp xmenjadi,pastu usaha
tangga kejayaan lagi mencari resepi ni.Hoyehhhhhhhhh..dah jumpa trus buat. Dulu nak nmpak kuning tuan tanah masukkan kunyit..penyer tak payah..nnti kaler labu tu trun menguningkan kuah tuh..EH!! panjangnyer...aper tuan tanah ni merepek..dah,sudah2....Jom tgk camner nak buat,pastu makan ngan ikan kering n sambal belacan.Andaikata ade yang terus membesar akibat menabah semasa makan,jgn salahkan tuan tanah yer...k...heheheheh :P
Masak Lemak Labu Kuning
3 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
1 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isinya sahaja )
1/2 biji labu kuning (yang sederhana besar)
3 cawan santan ( 1 cawan yang pekat, 2 cawan yang cair)
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat:
Tumbuk lada hitam dan bawang merah hingga lumat,kemuadian masukkan isi ikan tadi,dan tumbuk kasar.
Kemudian, dalam periuk yang di isi santan,masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi,dan masak dengan api yang sederhana sambil dikacau bagi mengelakkan org pggil pecah minyak.
Setelah mendidih,masukkan garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan labu kuning,
Masak hingga labu tersebut lembut dan masak.
Kenapa gambar jadi belang macam nih..hasih..xper la..ni nak tnjuk makanan tgh hari hari nih..ikan kekek kering,ikan merah n kembung goreng,pastu sambal lada...pergh..masakan kampung..mau tak menambah...hahahahhah