hu3...mesti ade org tanyerkan..bakper la gi bubuh nama gitu..buruk bebenor...hu3..tu nama ringkas untuk memudahkan sebutan bagi spageti bolognise..hari tuan tanah ni wat spageti tok gader2...so...buat kuah nyer bnyk2..jadi bnyak la yg lebih,masok lam esbok..lapar2 karang,kuarkan,pnaskan aje..then makan la ngan roti or spageti..hehehehe *ni waktu mlm..tetiba je lapor melanda....tu yg alang2,masokkan entry ni la..hehehe* em....ni resepi bolognise yg telah saya derhakakan....huhuh..ye la..uat ikut lidah melayu la senang skit..senang nak telan..kalu idak...susah..k,jom semak resepi di bawah yer..
Spageti bolognise
Spageti Bolognise
Bahan2
1 tin sos prego *perisa tradisional*
1 tin besar tomato puree
1 tin cendawan butang *dihiris nipis*
1 paket daging cincang (lebih kurang 400gm)
3 ulas bawang putih *dicincang*
1 ulas bawang merah *dicincang*
1 ulas bawang bombay *dicincang*
1 batang karot *dicincang*
2 biji tomato *dicincang*
1 biji lada benggala *dicincang*
1/2 cawan air
1 kiub ayam
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar oregano
1/2 sudu kecik rosmary *xletak xpe*
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
garam,gula secukup rasa
Cara membuat:-
1.Panaskan minyak zaiton dan butter,masukkan bawang putih dan merah,tumis hingga naik bau.
2. Masukkan tomato dan biarkan seketika (lenih kurang 3 minit).Masukkan juga sedikit oregano.
3. Masukkan karot,cendawan butang,lada bengala.Kacau sekejap dan masukkan sedikit air (sedikit sahaja untuk melembutkan sayur2 nanti).Biarkan sehingga air kering sedikit.
4. Kemudian,setelah air sedikit kering,masukkan air lain,tomato puree dan sos prego.
5. Biarkan sekejap dan masukkan daging cincang
6. Kemudian,kecilkan api,dan biarkan ianya mereneh sehingga mendidih dan daging tersebut masak.
7. Masukkan lebihan oregano tadi bersama bawang bombay, garam,gula,perasa,sos tomato,sos cili dan serbuk lada hitam,dan biarkan seketika lagi diatas api kecil hingga betul2 masak *dalam lebih kurang 15 minit*
8. Andainya sos anda ni nmpak cair..boleh masukkan air tepung jagung sehingga mendapat tahap kepekatan yang anda kehendaki
9. Tuangkan ke atas spageti pilihan anda dan taburkan dengan keju parmesan...
##kalu nk masukkan bebola daging pon blh jugak..sedap jugak...nk tukarkan daging pada ayam pon ok jua... semua atas rekaan masing..